MyKorban

Apakah yang dimaksudkan dengan ibadah qurban?
Korban dalam bahasa Arab disebut al-udhhiyah, iaitu binatang yang disembelih pada waktu Dhuha. Manakala pengertiannya dari segi hukum syara’ ialah binatang ternakan (an’am) seperti kambing, lembu atau kerbau yang disembelih pada Hari Raya Aidil Adha atau pada hari-hari Tasyrik (11,12 dan 13 Zulhijjah) dengan niat untuk menghampirkan diri kepada Allah.

Apakah hukum melakukan ibadah qurban?
Hukum korban ialah Sunat Muakkad (ibadah sunat yang sangat-sangat dituntut ke atas umat Islam yang berkemampuan. Namun begitu ia dihukumkan wajib apabila seseorang itu bernazar.

Allah S.W.T berfirman;
“Maka solatlah kamu untuk Tuhanmu dan menyembelihlah”. Surah al-Kautsar (2).

Mengikut tafsiran ulama, maksud solat atau sembahyang pada ayat ini ialah solat Aidil Adha dan yang dimaksudkan dengan menyembelih ialah berqurban.

Apakah kelebihan melaksanakan ibadah qurban?
Ibadah korban merupakan ibadah yang mendapat ganjaran yang amat besar di sisi Allah.

Dalam sebuah hadis, Rasulullah S.A.W bersabda:
“Tidak ada amalan yang dilakukan oleh anak Adam pada Hari Raya Korban yang lebih disukai Allah melainkan menumpahkan darah (menyembelih binatang korban). Sesungguhnya binatang korban itu akan datang pada Hari Kiamat bersama tanduk, kuku dan bulunya dan Allah memberi pahala ibadah korban itu sebelum darah binatang korban itu jatuh ke bumi. Oleh itu, elokkanlah korban kamu.”
Hadis riwayat Tirmidzi, Ibnu Majah dan Hakim.

Bolehkah penyembelihan haiwan korban diniatkan sekali dengan aqiqah?
Mengikut pandangan ulama mazhab Hanbali, kita boleh gabungkan niatkan perlaksanaan korban tersebut dengan niat untuk aqiqah anak. Pada hari raya korban kita disunatkan menyembelih haiwan korban, begitu juga pada hari ketujuh kelahiran seorang anak, kita dituntut melaksanakan aqiqah untuknya, jadi apabila bertemu hari raya korban bertepatan dengan hari ketujuh kelahiran anak, maka mengikut pandangan ulama mazhab Hanbali, kita boleh gabungkan niatkan perlaksanaan korban tersebut dengan niat untuk aqiqah anak. Seperti mana jika bertemu hari Jumaat dengan Hari Raya, maka kita boleh niatkan mandi sunat keduanya dengan sekali mandi sahaja.

Siapakah yang dituntut untuk melaksanakan qurban?
Menyembelih haiwan korban pada Hari Raya Korban dianjurkan ke atas seluruh umat Islam, akan tetapi tuntutan sebenar ialah kepada yang mampu, sehingga Rasulullah S.A.W memberi amaran dalam beberapa buah hadis kepada mereka yang tidak menunaikan ibadah korban, antara hadis tersebut ialah;
“Sesiapa yang mempunyai kelapangan (mampu), tetapi tidak berkorban, janganlah ia mendekati tempat solat kami.”

Apakah jenis-jenis ibadah korban?
1. Korban sunat, iaitu menyembelih binatang ternakan yang tertentu dengan niat taqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah S.W.T. pada Hari Raya Aidil Adha atau Hari Raya Haji.

2. Korban nazar, apabila seseorang bernazar untuk menyembelih qurban, maka wajiblah atasnya menunaikan nazarnya itu.

Bolehkah melakukan korban untuk orang yang telah meninggal dunia?
Boleh sekiranya diwasiatkan sebegitu.

Bilakah waktu korban dilaksanakan?
Waktu yang dibolehkan untuk menyembelih haiwan korban ialah dari masa khatib turun dari atas mimbar selepas selesai berkhutbah solat Aidil Adha, sehingga terbenam matahari tarikh ke 13 Zulhijjah. Maka waktu menyembelih haiwan qurban adalah 4 hari. Sesiapa yang menyembelih korban sebelum atau selepas waktu itu, tidak sah qurbannya.

Dalam sebuah hadis Rasulullah S.A.W;
 “Yang mula-mula kami lakukan pada hari kami ini (Hari Raya Haji) ialah kami solat kemudian pulang, lalu kami menyembelih. Sesiapa berbuat begitu maka dia telah mengikut sunnah kami. Sebaliknya sesiapa menyembelih sebelum itu, maka sesungguhnya itulah daging yang disembelih untuk keluarganya, tidak sedikitpun dikira sebagai korban.”

Jika saya menyertai program ibadah korban ini, apakah bukti yang menunjukkan ibadah korban tersebut telah dilaksanakan.
Pihak sekreteriat MyKorban akan mengeluarkan resit dan sijil penyertaan/pelaksanaan korban/aqiqah tersebut kepada semua peserta beserta laporan pelaksanaan korban/aqiqah. Gambar pelaksanaan korban/aqiqah boleh didapati melalui laman facebook kami.

Bagaimana cara untuk mewakilkan pelaksanakan ibadah qurban/aqiqah kepada pihak MyKorban?
Penyertaan atas talian (online) klik: BORANG PENYERTAAN

ATAU

Sertakan bukti pembayaran bersama maklumat:
1. Nama:
2. Alamat:
3. Emel:
4. No telefon bimbit:
5. Penama qurban:
(Whatsapp/Telegram/SMS ke +6019-227 6760 @ +6011-1234 8212)

HUMANITARIAN CARE MALAYSIA BERHAD
Maybank 5642 5856 0698
Bank Islam 1209 20100 34904
CIMB 8602 135 592

Bolehkah beberapa orang berkongsi seekor lembu untuk ibadah korban?
Boleh, kita dibenarkan berkongsi sehingga 7 orang atau 7 bahagian bagi seekor lembu.
Ini bertepatan dengan sebuah hadis Rasulullah S.A.W;
“Pada musim haji, Rasulullah S.A.W telah menyuruh kami berkongsi 7 orang pada seekor unta dan seekor lembu.”
Hadis riwayat Muslim.
Dalam sebuah hadis lain dari al – Barqani;
“Rasulullah S.A.W telah bersabda kepada kami: Berkongsilah kamu pada seekor unta dan lembu, untuk 7 orang seekor.”
Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.

Bolehkah sekiranya satu bahagian tersebut saya kongsi bayar bersama dengan orang lain?
Bagi perkongsian bayaran tidak menjadi masalah. Cuma kami perlukan hanya 1 penama sahaja untuk 1 bahagian.

Bolehkah qurban dilakukan atas nama syarikat/pertubuhan?
Boleh tetapi penama hendaklah atas nama wakil satu individu muslim.

Manakah yang lebih baik, qurban dengan seekor kambing atau satu bahagian lembu?
Secara umumnya manfaat penyembelihan korban tersebut akan lebih bererti jika dapat dinikmati oleh lebih ramai orang. Maka kesimpulannya, haiwan mana yang lebih banyak dagingnya boleh dianggap lebih afdal daripada haiwan yang lain tanpa kita menentukan jenisnya.

Bolehkah peserta memilih tempat-tempat tertentu untuk melakukan qurban?
Tidak boleh bagi korban/aqiqah umum. Namun, setiap tahun kami ada menganjurkan korban khas untuk negara-negara khusus.

Perlukah saya hadir pada masa qurban dilaksanakan?
Tidak perlu kerana kami akan menguruskan urusan korban Tuan/Puan. Selesai pelaksanaan, kami akan maklumkan destinasi pelaksanaan korban Tuan/Puan.

Adakah saya akan mendapat pengecualian cukai dengan menyertai MyKorban?
Tiada pengecualian cukai untuk korban buat masa ini.

Bacaan tambahan berkenaan ibadah korban boleh baca di SINI.

Leave a Reply