Pengenalan MyKorban

Tahun 2020 ini merupakan tahun ke 22 perlaksanaan projek ibadah korban oleh Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM). Pada tahun ini, sekali lagi ia akan diuruskan oleh Humanitarian Care Malaysia (MyCARE). Projek korban IKRAM yang dahulunya dikenali sebagai Qurban Kasih Ummah (QKU), telah dijenamakan semula sebagai MyKorban.

Fokus agihan MyKorban dikekalkan, iaitu kepada;

  • fakir miskin
  • ibu tunggal
  • pelarian (sama ada dalam negara atau di luar negara asal mereka)
  • warga emas
  • dan anak-anak yatim

Sasaran / penerima manfaat

RM1,000,000.00 / 11,000 keluarga

Daripada Aisyah RA, bahawa Nabi SAW bersabda: “Tidak ada amalan yang dilakukan oleh anak Adam pada hari Al-Nahr (Raya Aidiladha) yang lebih dicintai oleh Allah selain daripada menumpahkan darah (binatang korban). Sesungguhnya ia akan datang pada hari Kiamat dengan tanduknya, bulunya dan kukunya dan sesungguhnya darah tersebut akan sampai kepada redha Allah SWT sebelum ia jatuh ke bumi. Maka, bersihkanlah jiwa kamu (dengan berkorban).”- Hadis Riwayat Al-Tirmizi-

Ayuh kita teruskan pahala bersedekah kepada mereka yang memerlukan dengan melaksanakan ibadah Korban/Akikah 2020/1441H bagi membantu golongan rentan menerusi agihan sumbangan ke 8 buah negara-negara bergolak seperti Palestin, Syria, Somalia dan Sudan yang sering menjadi mangsa kebuluran.

Sertai MyKorban