MyKorban sasar RM1.5juta (2019)

Sidang media Mykorban

Humanitarian Care Malaysia Berhad (MyCARE), melalui program MyKorban menyasarkan kutipan RM1.5 juta untuk melaksanakan ibadat korban di 15 negara seluruh dunia pada Hari Raya Aidiladha 11 hingga 14 Ogos ini.

Seramai 100,000 penerima termasuk di negara bergolak disasarkan menerima 235 ekor lembu 680 ekor kambing, 60 ekor kerbau dan 20 ekor unta sempena program MyKorban. Antara negara yang akan terbabit dalam misi ibadat korban ialah Palestine, Syria, Sudan, Nepal, Myanmar, Filipina, Lubnan, Malaysia, Yaman, Vietnam, Sri Lanka, Kemboja, Somalia, Cox’s Bazar dan Sudan.

Fokus sasaran penerima daging korban sumbangan peserta negara ini adalah dalam kalangan umat Islam minoriti yang ditindas ,pelarian luar dan dalam negara ,mangsa bencana,anak-anak yatim,golongan miskin dan pihak kami akan meneruskan tradisi menyampaikan amanah rakyat Malaysia sempena aidiladha kepada mereka yang memerlukan bantuan antarabangsa.

Bagi golongan yang kurang bernasib baik ini, nasib mereka tidak seperti kita yang mewah dengan makanan, mereka menghadapi pelbagai kekangan termasuk bekalan makanan terhad. Kebanyakan mereka tidak cukup makan dan hanya dapat menjamah daging setahun sekali bergantung kepada bantuan pihak luar.

Program MyKorban memasuki tahun ke 21 pelaksanaanya ini menawarkan korban lembu ,antaranya di Palestin RM 1900(satu bahagian) dan korban kambing di Syria RM 1200(satu bahagian) .Terbaru, MyKorban menawarkan korban unta yang akan dilaksanakan di Sudan pada harga RM650.00(satu bahagian) dan harga terendah yang ditawarkan pada tahun ini ialah korban kerbau yang akan dilaksanakan di Nepal pada harga RM250.00 (satu bahagian).

Selain itu, untuk memberi peluang kepada masyarakat umum merasai sendiri keadaan dan suasana di negara terlibat, MyKorban akan menganjurkan program Kembara Korban ke Vietnam dan Nepal. Untuk pakej 5 hari 4 malam ini, peserta kembara akan menyambut Aidil Adha di sana dan akan menyaksikan pelaksanaan ibadah korban, melawat tempat bersejarah dan tempat menarik, serta menziarahi orang Islam tempatan. Pakej Kembara Korban ke Nepal adalah berharga RM3,500 seorang. Manakala pakej ke Vietnam adalah berharga RM2,750. Kedua-dua harga ini telah termasuk satu bahagian korban.

Untuk maklumat lanjut dan sumbangan program MyKorban orang ramai boleh menyemak media sosial facebook mykorbanHQ atau menghubungi 019-2276760. Bayaran pula boleh dibuat ke akaun Humanitarian Care Malaysia Berhad Maybank (5642 5856 0698) atau Bank Islam (1209 2010 0349 04).

Prof. Madya Dr. Hafidzi mohd Noor
Pengerusi,
Humanitarian Care Malaysia Berhad (MyCARE)

Leave a Reply