Penyertaan Qurban & Aqiqah Kasih Ummah IKRAM 1435H

Assalamualaikum wbt,

Untuk makluman semua, penyertaan dan sumbangan Qurban Kasih Ummah akan dibuka sehingga 2 Oktober 2014.

Pembayaran boleh dibuat secara tunai di kaunter kami di alamat:

bilik operasi Qurban Kasih Ummah di Lot 300.1, Lorong Selangor, Pusat Bandar Melawati, Kuala Lumpur.Kaunter akan dibuka dari hari Isnin hingga Jumaat bermula dari 9.00am – 5.00pm.

Anda juga boleh bank in pembayaran ke akaun:

Pertubuhan Ikram Malaysia-Kurban (Maybank 5622 0962 9662) atau

Pertubuhan Ikram Malaysia-Khidmat Masyarakat ( Bank Islam 1211 30100 49959)

Bukti pembayaran yang dikepilkan bersama-sama borang penyertaan boleh dihantar melalui email kami [email protected] atau whatsapp ke 010-777 13644

Untuk penyertaan secara online sila layari:

Borang Penyertaan

Semoga ibadah qurban ini mendekatkan diri kita semua kepada Allah swt..insyaAllah.

Pelancaran dan Sidang Media Qurban Kasih Ummah IKRAM 2014

Assalamualaikum.

Saudara dan saudari yang dirahmati Allah sekalian,

InsyaAllah, Jawatankuasa Pelaksana Qurban Kasih Ummah IKRAM 1435H akan mengadakan satu pelancaran serta sidang media Qurban Kasih Ummah 1435H pada;

Tarikh : 26 Ogos 2011 (Selasa)

Masa : 11.00 pagi

Tempat : Bilik Islah, Tingkat 3, Pejabat IKRAM Taman Melawati

Objektif : Melancarkan kempen, mengeluarkan kenyataan media serta menyemarakkan budaya ibadah qurban disamping membantu mereka yang lebih memerlukan

Anjuran : Pertubuhan IKRAM Malaysia

Dengan kerjasama :Aqsa Syarif Berhad dan IKRAM4Syria

Disertakan aturcara majlis;

PELANCARAN KEMPEN QURBAN KASIH UMMAH 1435H (2014)

Bilik Islah, Pejabat IKRAM Taman Melawati
26 Ogos 2014 bersamaan 30 Syawal 1435H

11.00 pagi: Kehadiran jemputan /media
11.15 pagi: Ucapan aluan oleh Pengarah Program, Haji Tuan Yaacob Tuan Sof
11.30 pagi: Kenyataan media
11.50 pagi: Soal jawab
12.00 tengahari: Bersurai

Ayuh saudara dan saudari, zahirkan kasih dan prihatin anda kepada umat Islam di luar sana dalam bersama mengimarahkan lagi majlis pelancaran ini.

Mari kita bersama memanfaatkan media dengan sebaik mungkin dalam mengembangkan kerja-kerja Islah dan dakwah.

Mohon doakan moga majlis berjalan lancar, insyaAllah.

Jazakumullahu khoyran katheera di atas perhatian yang diberikan.

Sekian, wassalam.

Sekretariat Qurban Kasih Ummah 1435H
Lot 300.2, Lorong Selangor,
Pusat Bandar Melawati,
53100 Kuala Lumpur, Malaysia.
Website: www.ramadhan-qurban.org
Emel: [email protected]
Telefon: +60341053159 / +60341622762
Faks: +60341071754 @ +60341622762

Pencarian sukarelawan

Assalamualaikum.

InsyaAllah, satu temuduga terbuka untuk mencari sukarelawan bagi program Qurban Kasih Ummah IKRAM akan diadakan pada:

Tarikh:
25 Ogos 2014 (Isnin)

Tempat:
Bilik mesyuarat, Tingkat 1
Koperasi Islah Malaysia Berhad (KIMB)

Jam:
10:00 pagi

Untuk jawatan:
1. Pentadbiran (2 kekosongan)
2. Pemasaran (1 kekosongan)
3. Pengedaran (1 kekosongan)
4. Akaun (1 kekosongan)

A. Pemasaran
-Keutamaan lelaki
-Tugasan : Menjalankan kerja2 berkaitan pemasaran dan pengiklanan
-Elaun: RM 1000 + OT
-Tarikh mula berkhidmat:
26/8/2014 – 26/10/2014

B. Pentadbiran
-Tugasan : Key in data dan kerja berkaitan pengurusan
-Elaun: RM 1000 + OT
-Tarikh mula berkhidmat:
1/9/2014 – 31/10/2014

C. Pengedaran –
-Keutamaan lelaki
-Tugasan : Membantu bahagian pengedaran bahan-bahan promosi Rayuan Ramadhan dan menjalankan kerja2 yang berkaitan
-Elaun: RM 1000 + OT
-Tarikh mula berkhidmat:
26/8/2014 – 26/10/2014

D. Akaun
-Tugasan : Membantu bahagian kewangan dan menjalankan kerja2 yang berkaitan
-Elaun: RM 1000 + OT
-Tarikh mula berkhidmat:
1/9/2014 – 31/10/2014

Keutamaan :
-Diberikan kepada mereka yang mempunyai kenderaan dan komputer peribadi

Terbuka kepada :
a) mahasiswa yang sedang bercuti semester
b) mahasiswa yang baru graduate
c) individu yang sedang mencari pekerjaan
d) semua warga Malaysia

Hari bekerja :
-5 hari seminggu (9:00 pagi – 5:30 petang)
-Sabtu dan Ahad (overtime- bergantung pada keperluan dan kebenaran Pengurus Operasi)

Tempat bekerja :
-Pejabat IKRAM Taman Melawati, Kuala Lumpur

Kepada individu yang berminat untuk bersama dalam gerak kerja Qurban Kasih Ummah Ikram ini, bolehlah hadir pada tarikh di atas dengan membawa bersama resume dan sijil kelulusan.

Maklumat lanjut, sila hubungi:

1. En Abdul Hafidz
-Telefon: 019-356 6760
-Emel: [email protected] atau

2. Junainah
-Telefon: 03-4162 2762
-Emel: [email protected]

Terima kasih di atas perhatian yang diberikan.

Sekian, wassalam.