Pakej Qurban dan Akikah 2021/1442H

Pakej Qurban dan Akikah 2021/1442H

 

​​​​MyQurbani merupakan program qurban dan akikah tahunan yang dilaksanakan oleh MyCARE. Bermula dengan nama Qurban Kasih Ummah, kini ianya dijenamakan semula bagi memberi nafas baru dalam pelaksanaan ibadah yang paling dinantikan umat Islam.

Selama 23 tahun, kami melaksanakan amanah ini dengan penuh cermat dan akan terus memastikan pelaksanaan ibadah qurban dan akikah diuruskan dengan amalan terbaik (best practices) sambil memastikan aspek kepatuhan hukum syarak diikuti sepenuhnya.

Program tahun ini bakal memanfaatkan saudara-saudara kita yang memerlukan di 9 buah negara sepanjang pelaksanaannya.

Kini, MyCARE sekali lagi membawakan program MyQurbani 2021M / 1442H bagi memberi peluang kepada rakyat Malaysia melebarkan ibadah mereka ke negara-negara yang berada di kancah peperangan dan juga yang mengalami bencana alam.

Sasaran kami kali ini adalah untuk mencapai RM1.5 juta kutipan untuk diagihkan ke 9 buah negara yang amat memerlukan.

Alhamdulillah, sebanyak 3,777 penyertaan qurban dan akikah telah berjaya dilaksanakan pada tahun lepas. Terima kasih atas kepercayaan yang diberikan.

Oleh kerana itu, kami ingin mengumumkan Pakej Korban serendah RM290 diteruskan lagi untuk tahun ini!

Jom sekali lagi laksanakan ibadah qurban atau akikah anda disamping membantu saudara-saudara kita yang memerlukan.

Mudah sahaja!

 

Pilih jenis qurban atau akikah, pilih pakej haiwan di negara tertentu, kemudian layari:

mycare.qrd.by/myqurbani

 

Atau anda juga boleh membuat pembayaran melalui bank online / CDM / cek.

Humanitarian Care Malaysia Berhad
CIMB Islamic
8602 13 5592

Sila hantarkan maklumat di bawah ke email [email protected] atau Whatsapp ke wasap.my/60192276760

π‘π‘Žπ‘šπ‘Ž π‘π‘’π‘šπ‘π‘Žπ‘¦π‘Žπ‘Ÿ (π‘π‘’π‘ π‘’π‘Ÿπ‘‘π‘Ž):
π‘π‘œ 𝑑𝑒𝑙:
πΈπ‘šπ‘’π‘™:
π΄π‘™π‘Žπ‘šπ‘Žπ‘‘:

π‘ƒπ‘’π‘›π‘Žπ‘šπ‘Ž 1:
𝐽𝑒𝑛𝑖𝑠: π‘„π‘’π‘Ÿπ‘π‘Žπ‘› / π΄π‘˜π‘–π‘˜π‘Žβ„Ž
π‘ƒπ‘Žπ‘˜π‘’π‘—:
𝐡𝑖𝑙 π‘π‘Žβ„Žπ‘Žπ‘”π‘–π‘Žπ‘›:

π‘ƒπ‘’π‘›π‘Žπ‘šπ‘Ž 2:
𝐽𝑒𝑛𝑖𝑠: π‘„π‘’π‘Ÿπ‘π‘Žπ‘› / π΄π‘˜π‘–π‘˜π‘Žβ„Ž
π‘ƒπ‘Žπ‘˜π‘’π‘—:
𝐡𝑖𝑙 π‘π‘Žβ„Žπ‘Žπ‘”π‘–π‘Žπ‘›:

Seiring mendapat pahala ibadah qurban, gandakan pahala kita dengan memberi daging qurban kepada mereka yang memerlukan.

Sebarkan.

#qurban #myqurbani #humanitarian #foodcrisis #malaysia #palestin #syria #yaman #somalia #somaliland #sudan #myanmar #kemboja #bangladesh

Laporan MyKorban 2020

Laporan MyKorban 2020

Program MyKorban tahun 2020, telah dilaksanakan di 11 buah negara. Tiada perlaksanaan di dalam negara dibuat tahun ini, setelah mengambil kira keterbatasan MyKorban untuk mematuhi SOP yang sangat ketat akibat penularan virus Covid-19. Selain perlaksanaan korban di Gaza yang dikendalikan oleh pejabat MyCARE di Gaza, semua perlaksanaan di negara yang lain telah diuruskan oleh rakan NGO MyCARE.

Negara-negara yang terlibat adalah Palestin, Syria, Sudan, Somalia, Bangladesh, Myanmar, Nepal dan Somaliland. Sementara itu, pakej kambing sejuk beku dilaksanakan di Australia. Di samping itu, MyKorban juga telah diberikan kepercayaan untuk menguruskan perlaksanaan korban bagi pihak Human Appeal Australia di Kemboja dan Filipina.

Secara keseluruhannya jumlah binatang korban yang telah diuruskan adalah sebanyak:

  1. Lembu – 195 ekor
  2. Unta – 26 ekor
  3. Kerbau – 180 ekor
  4. Kambing – 1142 ekor

Untuk pakej sejuk beku, kambing yang disembelih di Australia akan dibekukan dan seterusnya dihantar menggunakan kapal laut ke Palestin dna Syria. Agihan daging di Palestin dan Syria juga akan diuruskan oleh Human Appeal.

Dengan ini, MyKorban ingin mengucapkan berbanyak terima kasih di atas semua penyertaan korban tahun ini. Sesungguhnya, sumbangan daging korban ini adalah sangat besar ertinya bagi para penerima manfaat. Kami doakan, ibadah korban yang telah dilakukan diterima sebagai amal soleh dan menjadi bekalan di akhirat kelak untuk dianugerahkan syurga.

β€œKorban Rentas Benua”

Abdul Hafidz Hashim
Pengurus MyKorban 2020

Pakej Korban dan Akikah tahun 2020

Alhamdulillah tahun ini sudah masuk tahun ke-22 pelaksanaan ibadah korban dan akikah oleh Humanitarian Care Malaysia (MyCARE). Tahun ini kami sasarkan RM1,000,000 agihan untuk keluarga fakir miskin, pelarian luar negara, warga emas, ibu-ibu tunggal dan anak-anak yatim. Agihan akan ke 8 buah negara seperti Palestin, Sudan, Somalia dan Syria yang sering menjadi mangsa kebuluran.

MyKorban sasar RM1.5juta (2019)

Sidang media Mykorban

Humanitarian Care Malaysia Berhad (MyCARE), melalui program MyKorban menyasarkan kutipan RM1.5 juta untuk melaksanakan ibadat korban di 15 negara seluruh dunia pada Hari Raya Aidiladha 11 hingga 14 Ogos ini.

Seramai 100,000 penerima termasuk di negara bergolak disasarkan menerima 235 ekor lembu 680 ekor kambing, 60 ekor kerbau dan 20 ekor unta sempena program MyKorban. Antara negara yang akan terbabit dalam misi ibadat korban ialah Palestine, Syria, Sudan, Nepal, Myanmar, Filipina, Lubnan, Malaysia, Yaman, Vietnam, Sri Lanka, Kemboja, Somalia, Cox’s Bazar dan Sudan.

Fokus sasaran penerima daging korban sumbangan peserta negara ini adalah dalam kalangan umat Islam minoriti yang ditindas ,pelarian luar dan dalam negara ,mangsa bencana,anak-anak yatim,golongan miskin dan pihak kami akan meneruskan tradisi menyampaikan amanah rakyat Malaysia sempena aidiladha kepada mereka yang memerlukan bantuan antarabangsa.

Bagi golongan yang kurang bernasib baik ini, nasib mereka tidak seperti kita yang mewah dengan makanan, mereka menghadapi pelbagai kekangan termasuk bekalan makanan terhad. Kebanyakan mereka tidak cukup makan dan hanya dapat menjamah daging setahun sekali bergantung kepada bantuan pihak luar.

Program MyKorban memasuki tahun ke 21 pelaksanaanya ini menawarkan korban lembu ,antaranya di Palestin RM 1900(satu bahagian) dan korban kambing di Syria RM 1200(satu bahagian) .Terbaru, MyKorban menawarkan korban unta yang akan dilaksanakan di Sudan pada harga RM650.00(satu bahagian) dan harga terendah yang ditawarkan pada tahun ini ialah korban kerbau yang akan dilaksanakan di Nepal pada harga RM250.00 (satu bahagian).

Selain itu, untuk memberi peluang kepada masyarakat umum merasai sendiri keadaan dan suasana di negara terlibat, MyKorban akan menganjurkan program Kembara Korban ke Vietnam dan Nepal. Untuk pakej 5 hari 4 malam ini, peserta kembara akan menyambut Aidil Adha di sana dan akan menyaksikan pelaksanaan ibadah korban, melawat tempat bersejarah dan tempat menarik, serta menziarahi orang Islam tempatan. Pakej Kembara Korban ke Nepal adalah berharga RM3,500 seorang. Manakala pakej ke Vietnam adalah berharga RM2,750. Kedua-dua harga ini telah termasuk satu bahagian korban.

Untuk maklumat lanjut dan sumbangan program MyKorban orang ramai boleh menyemak media sosial facebook mykorbanHQ atau menghubungi 019-2276760. Bayaran pula boleh dibuat ke akaun Humanitarian Care Malaysia Berhad Maybank (5642 5856 0698) atau Bank Islam (1209 2010 0349 04).

Prof. Madya Dr. Hafidzi mohd Noor
Pengerusi,
Humanitarian Care Malaysia Berhad (MyCARE)